....

.....

03 June 2011

FELDA Chemomoi

Arus perubahan dalam organisasi pengurusan Felda menimbulkan pelbagai debaran kalangan kakitangan. Kami mendapat berita bahawa Felda Rantau Abang 02 akan diletakkan di bawah pentadbiran salah sebuah anak syarikat FELDA iaitu Felda Plantations Sdn Bhd. Sekiranya ini benar terjadi maknanya kami akan diberi pilihan samada kekal di Felda Rantau Abang 02 tetapi menjadi kakitangan anak syarikat FTSB atau berpindah ke rancangan lain.
     Memang benar, surat tawaran pilihan  tiba jua. Saya merupakan orang pertama yang enggan bersama FPSB dan mendapat arahan tukar ke Felda Tenggaroh 6, Johor manakala kawan saya Wan Abdul Rahman ditukarkan ke Felda Serting 02, Bahau Negeri Sembilan. Saya merasa amat gembira dengan kabar berkenaan kerana di Felda Tenggaroh 6 telah sedia ada seorang kawan iaitu Yahya Abdul Ghani (yang kini Pengurus Felda Chiku 06 Gua Musang).
   Saya mula membayangkan suasana Felda Tenggaruh 06 dan bakal bergaul dengan masyarakat peneroka Johor yang kebanyakannya keturunan jawa. Bagaimanapun mimpi saya untuk berpindah ke Tenggaroh 6 tidak menjadi kenyataan kerana beberapa hari kemudian saya mendapat arahan pindah arah bertukar ke Felda Chemomoi, Bentong, Pahang.
   bagaimanapun saya tidak merasa terlalu terkejut kerana saya pernah menjalani latihan di rancangan ini dalam bidang pembangunan tapak semaian selain beberapa latihan praktikal di beberapa buah rancangan sekitar gugusan Mendi iaitu Felda Sungai Kemahal, Felda Kemasul selain latihan teori di Sekolah Latihan Bukit Mendi.
     Saya menerima arahan bertukar ke Felda Chemomoi dengan senang hati dan meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis di Felda Rantau Abang Dua.
   Pengurus Felda Chemomoi masa saya melapur diri ialah Mohd Salleh Chik.

 ops.... ruangan ini sedang di update Read More..