....

.....

21 October 2010

KEJADIAN BUMI

<>

    Pelbagai TEORI mengenai kejadian bumi yang kita dengar. Namun semua mengetahui bahawa asal makhluk di bumi bermula daripada Nabi Adam AS dan isterinya Siti Hawa yang dikeluarkan dari syurga. Dari saat itu maka bermulalah kehidupan di bumi. Daripadanya lahirlah anak-anak nabi Allah Adam, Qabil, Habil dan adik beradiknya hinggalah kepada keturunan mereka seperti yang ada pada hari ini.
     Daripada sumber lain, diceritakan pula manusia Adam dijadikan daripada tanah, antaranya tanah Babil untuk mencipta kemaluan, air hanyir untuk dijadikan hidung dan pelbagai riwayat mengenainya.
     Bagaimana kejadian Bumi......?? Semasa saya bersekolah di tingkatan satu, cikgu saya pernah mencerita mengenai kejadian bumi mengikut teori sains. Saya mengingatinya hingga ke hari ini. 
     "... diperingkat awal cakerawala, hanya matahari yang ada. Matahari dengan kepanasannya seperti hari ini berpusing dengan ligat di atas paksinya. Berjuta tahun lamanya matahari tetap dengan sifatnya, Hidup, Panas dan Berpusing ligat... sehingga matahari menjadi serpih dan serpihannya terkeluar jauh daripada matahari. Kejadian bumi perlu disebut sebagai hari PERTAMA, bulan PERTAMA, dan tahun PERTAMA. 1 haribulan 1 tahun 1 dalam kalender kejadian bumi.  
     Bagaimanapun serpihan-serpihan ini tetap mengeliling matahari dengan kadar kelajuan yang tetap tanpa dipengaruhi graviti atmofera.
     Serpihan matahari yang mati ini lama kelamaan menjalani proses evolusi iaitu semakin sejuk dan wap panasnya mula bertindakbalas dengan udara dan membentuk awan menjai hujan. Hujan yang turun mengisi kawasan-kawasan rendah menjadi lautan, laut serta tasik manakala kawasan tinggi menjadi gunung dan bukit. Di peringkat awal bumi juga terjadinya ribut taufan yang kuat, arus laut yang kuat melanda hingga terbentuknya benua-benua serta daratan seperti yang ada pada hari ini.
     Apabila serpihan ini semakin sejuk, sedikit demi sedikit tumbuh-tumbuhan mula terjadi dan jadilah 'bumi' yang ada seperti hari ini. Menurut fakta sejarah juga, hidupan awal di bumi gersang adalah tumbuhan dan haiwan gergasi. Dalam satu riwayat lain nabi Adam sendiri merupakan manusia yang besar dengan ketinggian 60 hasta.
     Kalendar Adam
     Pada dasarnya, Kalendar Adam adalah setara dengan Kalendar Gregorian (Masihi) tetapi dengan offset pada permulaan. Tahun masihi diukur bermula daripada kelahiran Nabi Isa A.S. dan tahun-tahun sebelumnya disebut sebagai sebelum masihi (S.M). 
     Kalendar Adam pula diukur bermula daripada hari peristiwa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi. Idea kalendar Adam ini telah dicetuskan seseorang bertujuan untuk memudahkan pengiraan detik-detik peristiwa sejarah terutama sekali yang berlaku dalam tahun-tahun sebelum masihi. Kalendar ini pernah diketengahkan dalam majalah Mastika, Januari 2006.
     Kalendar Adam dihasilkan melalui pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian yang lebih mendalam. Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:
     1. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat menyatakan ramainya adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80 orang. Manusia sempurna inilah yang telah mencetuskan ketamadunan manusia.
     2. Nabi Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini bermakna Nabi Ibrahim lahir pada tahun 1940 S.M.
     3. Selang masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh wafat pada tahun 4080 S.M.
     4. Nabi Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh Lahir pada tahun 5030 S.M.
     5. Selang masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam wafat pada 7030 S.M.
     6. Nabi Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di turunkan ke dunia pada tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar Adam.
     Daripada fakta-fakta di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa sekarang (tahun 2006) adalah bersamaan dengan 10036 Tahun Adam (T.A). Alangkah mudanya ketemadunan manusia ini jika hendak dibandingkan dengan apa yang dipanggil selama ini oleh sains arkeologi sebagai permulaan manusia pertama yang wujud 4.4 juta tahun yang lalu!     
     Seandainya segala output daripada segala kajian yang di buat oleh En. Fadhil tepat, maka terbuktilah bahawa segala makhluk yang berbentuk seperti manusia (humanoid) yang wujud sebelum 10036 tahun yang lalu tiada pertalian darah dengan manusia selepas Adam, lalu tidak layak untuk dipanggil sebagai manusia. 
     Namun adalah diluar pengetahuan samada spesis tersebut telah dipupuskan oleh Allah Taala secara keseluruhannya, ataupun masih wujud segelintir darinya sehingga zaman sekarang. Mungkin inilah mahkhluk misteri yang sekarang dianggap orang sebagai Big Foot yang membuatkan manusia melakukan pelbagai andaian tentangnya.
     Timeline yang kedua ini telah dihasilkan oleh saintis yang berpegang kepada teori evolusi Charles Darwin manusia berasal daripada monyet. Jikalau dahulu saya memang menentang teori ini bulat-bulat kerana ia bercanggah dengan asas agama Islam. Namun sekarang saya tidak begitu mengambil peduli kerana mungkin ada benarnya pendapat itu. 
     Rupabentuk manusia awal sebelum Adam mungkin seperti beruk yang berbulu lebat. Tak siapa tahu tentang hal ini kerana tinggalan mereka yang ada kini hanyalah tulang-temulang, jauh sekali cebisan-cebisan kulit atau rambut. Alangkah baiknya sekiranya terdapat antara humanoid-hominid ini terfosil di dalam ais (seperti yang terjadi pada gajah mammoth); maka bolehlah kita lihat bagaimana sebenar-benarnya rupa mereka.
     Walaupun begitu, ternya kelas mereka lebih tinggi daripada hidup-hidupan lain yang terdapat pada zaman tersebut itu kerana mereka berupaya menghasilkan peralatan daripada batu dan melukis pada dinding-dinding gua. Anda mungkin pernah didedahkan dengan haiwan-haiwan primitif yang seperti dinasor, gajah mamonth, pepatung gergasi, nyamuk gergasi, dan burung pra-sejarah. 
     Tetapi pernahkah anda tahu akan monyet-monyet pra-sejarah yang hidup bersama-sama manusia primitif? Nampaknya telah berlaku kesilapan sangat besar dalam sistem kategori spesis-spesis primat primitif ini. 
     Kesemua spesis primat yang ada pada zaman sebelum Adam telah digolongkan dan dilebelkan sebagai manusia awal (tidak kira yang berakal atau tidak) bermula seja zaman ais lagi. 
     Ini adalah kerana pengelasan spesis-spesis tersebut dilakukan oleh ahli-ahli sains yang menganuti Teori Evolusi Charles Darwin kesemua manusia dan monyet yang ada di dunia ini bermoyangkan sejenis monyet (common ancestor).