....

.....

16 October 2010

PESANAN KEPADA PARA SUAMI

   
     Saya terpanggil untuk memasang video ini pada posting saya kali ini. Rasanya ia amat berguna kepada kita kaum adam. Kita sama-sama saksikan dan mendengar apa yang diperkatakan oleh ustaz ini. 
     Dan di satu peristiwa lain pula saya juga sempat berbual dengan beberapa orang rakan perempuan yang bercerita dan mengeluh mengenai beberapa kes mereka yang masih lagi tertangguh di mahkamah.
Maksudnya, sebaik berlaku keretakan rumahtangga samada berlaku perceraian kerana suami yang menceraikan suami, atau perceraian kerana persetujuan kedua pihak atau.... isteri yang menuntut cerai tetap suami enggan melepaskan sehingga wanita digantung tidak bertali.
Jadi, kepada sahabat saya kaum lelaki, sekiranya ada kalangan isteri yang menuntut cerai, TUNAIKANLAH PERMINTAANNYA. Usahlah digantung tidak bertali kerana perbuatan itu bukan sahaja mendera kaum wanita namun dibimbangi wanita berkenaan akan melakukan perbuatan terkutuk dalam masa digantung oleh suami bertahun lamanya.
Bayangkan, seorang wanita yang digantung tidak bertali berusia 20an... bayangkan betapa siksa batinnya kerana sukar untuk berkahwin semula.
Seperkara lagi ialah, sekiranya wanita berkenaan masih sayangkan suami, pasti beliau tidak akan menuntut cerai di mahkamah...
Cuba kita teliti semula ciri-ciri wanita solehah seperti di bawah:
Ciri ciri wanita solehah
Sebenarnya tidak banyak syarat yang dikenakan oleh agama untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya wanita solehah akan menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Antara ciri berkenaan, nereka hanya perlu memenuhi 2 syarat:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Taat kepada Allah dan Rasulnya bermakna mereka perlu:
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu suami dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu bapa kedua belah pihak
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya punca rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”