....

.....

24 October 2010

KENALI PASANGAN ANDA



 MENGENALI LELAKI
     Setiap WANITA yang akan berumahtangga inginkan pasangan bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat, mempunyai anak-anak yang baik dalam situasi penuh bahagia. Namun  pada peringkat awal mencari pasangan, banyak faktur yang mempengaruhi kita antaranya :

  • Paras rupa - pasti yang hensem yang comel menjadi pilihan
  • Tekanan keperluan sex - kerana faktur sekeliling
  • Desakan orang tua - inginkan menantu, inginkan cucu, bimbang dll
  • Desakan kehidupan - ancaman, ingin berteduh, bebas dari rumah
  • … dan yang pastinya Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Percayalah, kita hanya merancang dan segalanya ditentukan Allah Aubhanahu wataala.
 CINTA MONYET
     Sejak si bangku persekolahan sesetengah remaja mula bercinta. Atau mula memilih kawan dalam bentuk pasangan. Ingin memiliki dan dimiliki. Ingin mendapatkan perhatian pasangan, mencari seseorang untuk mencurahkan perasaan atau paling tidak, merasa bangga sekiranya mempunyai pasangan. Bangga kerana memiliki seorang yang boleh digelar kekasih.
     Namun kadang-kadang cinta monyet seumpama ini juga turut tersasar kepada perlakuan yang lebih serius sehingga sesetengahnya berani mengadakan pertemuan di tempat sunyi, ada yang terlangsung mengadakan hubungan sek, ingin mencuba, sehingga terbabit dengan kes perlu berkahwin segera kerana terlanjur atau kepada yang lebih teruk lagi terpaksa mengambil langkah membuang bayi.Itulah senario ringkas yang pernah kita dengar pada hari ini.
 PERLU PASANGAN
      Bagaimanapun kepada seorang gadis yang mencecah usia agak lanjut, di usia 30an dan andartu 40an, pemilihan pasangan hidup sudah merupakan suatu yang terdesak. Dalam usia yang melebihi paras remaja, tetapi pasangan untuk berkongsi hidup belum ada merupakan saat yang mendebarkan. Mendebarkan ibu bapa, mendebarkan diri sendiri malah lebih jauh lagi sukar membuat pilihan yang wajar kerana persaingan dengan gadis belasan yang terlalu ramai. 
     Mungkin faktur kerjaya, paras rupa, bentuk tubuh badan, terlalu memilih sehingga golongan ini sukar mendapat jodoh. Akhirnya bila keadaan terdesak ramai kalangan wanita yang berjawatan tinggi terpaksa memilih lelaki yang lebih rendah jawatan sebagai suami.Malah yang lebih terdesak terpaksa memilih suami orang sebagai suami dan hidup bermadu biarpun dalam keadaan yang kurang selesa.
 KENALI SUAMI ANDA
      Kepada pasangan yang sudahpun berumahtangga,  selamat menempuhi alam rumahtangga, semoga berbahagia. Bagaimanapun seseorang isteri perlu mengenal lebih dekat suaminya agar rumahtangga kekal bahagia, cuba elakkan jenis-jenis suami yang boleh mengakibatkan wanita menderita:
      SUAMI PEMALAS
     Ramai lelaki yang disifatkan sebagai pemalas dan mengharapkan pendapatan daripada isteri. Lelaki seumpama ini mudah mengambil kesempatan daripada kemewahan atau tenaga isteri. Semua perbelanjaan rumahtangga ditanggung oleh isteri.  Isteri yang bekerja mencari nafkah, isteri yang bangun malam melayan anak sakit dan isterilah yang mengurus rumahtangga.
     Suami katogori ini hanya sebagai seorang yang totally lelaki. Ramai  lelaki yang seumpama ini pandai bercakap, berkahwin lebih dari satu, tidak bekerja dan ister-isterinya yang menyara rumahtangga. Suami ini suka bercakap besar, suka menghabiskan masa di kedai kopi dan mengintai peluang untuk menambahkan isteri.
     SUAMI KONTROL ISTERI
     Suami jenis ini mempunyai kerjaya dan mempunyai pendapatan.  Namun lelaki ini lebih suka kalau beliau dapat menguasai isteri seratus peratus sehingga kad gaji ATM isteri pun di pegang oleh suami. Biasanya suami seperti ini kaki joli, suka berpoya-poya dan mengambil kesempatan daripada kelembutan serta kesetiaan isteri.
     Biasanya lelaki ini mempunyai seorang isteri yang setia, patuh dan boleh menjadi ibu yang baik. Suami hanya mengambil kesempatan daripada kelembutan isteri.
Sekiranya anda memperolehi suami yang seperti ini, anda akan hanya mendai boneka dalam rumahtangga. Anda akan merasa berjauh hati bila kawan-kawan di pejabat bercerita mengenai seronoknya membeli belah, seronoknya berbelanja…. Sedangkan kad ATM anda ada pada suami anda. Anda juga akan menderita kurus kering.
   SUAMI DAYUS
     Lelaki yang disifatkan suami dayus biasanya mempunyai seorang isteri yang cantik dan lawa. Isteri lebih bijak daripada suami dan suami pula jeni manusia lurus. Suami jenis ini rajin bekerja, ikut kehendak isteri, manjakan isteri dan melayan isteri dengan baik.
     Apa pun isteri lelaki ini suka berbuat curang dan biasanya mempunyai orang ketiga dan menggunakan kesempatan suami yang baik untuk bersosial melampaui had.
Akhirnya, anak yang dilahirkan olehnya bukan anaknya, lelaki ini hanya menjadi pak sanggup kepada isteri sendiri yang diperkuda oleh orang lain.
Sekiranya anda bertemu dengan suami seumpama ini, anda akan merasa bahagia, TETAPI ingatlah, anda akan menjadi bahan bualan masyarakat serta akan dibenci secara diam-diam oleh jirang tetangga.
 SUAMI YANG MEMENDAM RASA
     Suami yang memendam rasa biasanya suami yang menghormati isteri.  Sekali menegur isteri, sekiranya tidak diendahkan oleh isteri, suami akan berdiam diri. Suami yang tidak suka mencari gaduh sehingga sanggup memakan hati berulam jantung sendiri. Biasanya suami seumpama ini seorang pemikir dan kurus kering dalam memikirkan soal rumahtangga.
     Namun wanita perlu berhati-hati dengan lelaki seumpama ini kerana beliau tidak lagi menegur apa yang beliau tidak setuju dengan isteri, beliau akan memendam rasa dan pada akhirnya beliau membuat keputusan berpisah dengan isterinya.
 SUAMI ZALIM
     Suami zalim juga mungkin seorang suami yang panas baran. Samada suami ini bekerja atau tidak tetapi selalunya ingin sentiasa menang.  Suami ini tidak suka ditegur oleh isteri dan tidak suka isteri membantah suami.  Sekiranya wanita yang berjumpa dengan suami yang sebegini, bersedialah untuk menerima maki hamun daripada suami. Malah perlu lebih bersedia untuk menahan tubuh dari sepak terajang atau tampat tempeleng suami.
     Kebanyakan suami seumpama ini bekerja untuk diri sendiri dan membiarkan isteri yang mencari nafkah untuk rumahtangga. Maksudnya suami mencari nafkah untuk keperluan sendiri.
Oleh itu sementara bercinta, elakkan daripada lelaki yang pandai berlakun dan terlalu berhati-hati dalam perbualan, dikhuatiri anda terpilih seorang suami yang zalim.