....

.....

28 October 2010

SENI KEHIDUPAN

     Hidup ini penuh pancaroba, kata sesetengah orang. Hidup ini penuh dengan SENI, kata yang lain. Hidup ini SEMENTARA, akhirat jua yang kekal, kata orang lain lagi. Dan pelbagai kata-kata perangsang yang kita dengar yang kesemuanya menjurus kepada kita akan lebih mengenali siapa pengucapnya. Kepada pengumpul harta dunia, akan berkata, hidup hanya sekali. Oleh itu carilah kemewahan seadanya.
     Pencinta akhirat akan berkata, akhiratlah yang kekal abadi. Benar. Mereka yang sedang dilamun masalah akan berkata, semua orang menghadapi masalah. Masalah melanda semenjak kejadian dunia. Semenjak Nabi Adam menentukan pilihan jodoh anak-anaknya sehingga berlakunya pergaduhan antara Qabil dan Habil. Mereka yang menganggap dirinya daif pula akan bangun dengan slogan 'dunia ini penuh dengan kepura-puraan.' Dan semua slogan berkenaan benar belaka.
     Bagaimanapun, kesimpulannya, kita tidak perlu terlalu emosi dalam menjalani kehidupan.
     KEPADA SI MISKIN
     Mengapa kita telah dijadikan miskin, miskin pada rupa, miskin pada budi, miskin pada harta, miskin segala-galanya. Pasti pelbagai hikmah yang terdapat di sebalik kemiskinan kita.
     Berlaku suatu ketika dahulu seorang petani daripada Pasir Putih, Kelantan yang menang  tiket loteri (yang pada masa itu hadiah pertama hanya RM400,000). Hebat. Sepatutnya petani ini sudah mampu menjana kekayaan dengan hadiah yang diperolehinya. Namun, sebaik menang loteri, beliau mula mendapat ramai kawan. Antaranya turut mengajak ke tempat perjudian.
     Akhirnya wang yang ada padanya habis, langsai dan kembali kepada kemiskinan yang asalnya. Maksudnya, kekayaan yang sementara itu adalah cubaan. Dan berapa ramai lagi yang mengadu miskin, tersisih… sedarlah bahawa apakah kita akan tenang kalau kita diberi kemewahan dan kaya raya. Mungkin kalau kita diberi kemewahan menyebabkan kita lupa daratan, tidak sedar diri, kurang mengatahui asal usul dan pelbagai masalah yang bakal menimpa.
     KEPADA SI KAYA
     Selain nasib dan takdir yang menentukan, kekayaan yang diperolehi oleh seseorang merupakan anugerah tidak terhingga kepada usaha yang dibuat olehnya. Seorang professor, seorang doktor, seorang peguam, peniaga yang berjaya memperolehi kekayaan di atas hasil usahanya. Bayangkan bagaimana beliau belajar semasa menghadapi peperiksaan bermula daripada SPM, STPM hingga ke peringkat universiti. Mungkin juga beliau dianugerah otak yang cergas.  Keturunan yang baik. Ada orang yang membantu dari segi kewangan sehingga kita berjaya. Cuma, pergunakalah kekayaan yang ada untuk lebih bersyukur, ibarat kata ikutlah rasmi padi, makin tunduk setelah berisi, jangan ikut resmi lalang. Kepada seorang ayah, ingatlah, kejayaan anak-anak adalah kejayaan dia. Bukan kejayaan kamu!!.  
     KEPADA SIHODOH
    Tidak ada satu ukuran tepat untuk hodoh atau cantik. Ramai orang yang cantik, ayu , lawa yang masih lagi memenuhi pusat kecantikan untuk kelihatan lebih anggun. Maksudnya, adakah golongan ini masih merasakan dirinya hodoh?? Tetapi semuanya itu adalah ukuran luaran. Ramai manusia yang mengumpul barangan hodoh. Ramai pula yang membencinya. Ramai manusia mencari yang lawa, tetapi akhirnya tidak ke mana. Hodoh pada hati, adalah hodoh segala-galanya.
     KEPADA SI CANTIK
     Kecantikan adalah anugerah. Namun ianya perlu diterima dengan penuh rasa syukur kerana masih ramai mereka yang dianugerahkan cantik tidak memperolehi kebahagiaan yang abadi. Banyak pasangan cantik dan hensem berakhir sekerat jalan. Dengan kata lain, peragakanlah kecantikan berdasarkan ilmu untuk cantik segala-galanya.
     KEPADA SIPINTAR
     Pergunakan segala kecerdikan yang dianugerahkan untuk menilai segala kebaikan yang disediakan oleh alam. Sicerdik akan cerdik sekiranya berfikiran positif. Sicerdik akan lebih tolol dan bebal sekiranya gagal meletakkan sesuatu pada tempatnya. Seorang pelajar yang mendapat berbelas-belas A, masih lagi dianggap bodoh sekiranya dia tidak menghormati gurunya.
       Semasa saya bersekolah, hanya 6 pelajar sekelas saya yang Berjaya cemerlang. Ramai kawan-kawan saya yang  gagal semenjak ingkatan 3. Namun pada hari ini, apa yang berlaku kawn-kawan saya yang gagal di tingkatan 3 mampu tinggal di kampung dan menjadi peniaga Berjaya, petani cemerlang berbanding dengan mereka yang bijak belajar dan menjadi penjawat awam.
      USAH KESAL SEKIRANYA ANAK-ANAK TIDAK PINTAR
     Ramai ibu bapa mengharapkan anak-anak cemerlang, pintar dan Berjaya menjadi pegawai tinggi kerajaan. Namun segelintir anak-anak pintar semakin berjauhan dengan keluarga.. Bagaimana seorang anak yang pintar dan memegang jawatan  tinggi, terpaksa bertugas jauh dari rumah, sibuk dengan pelbagai urusan,  kekurangan ruang untuk menjenguk ibu. Syurga di bawah Tapak Kaki Ibu. Carilah syurga itu.
     Saya sendiri mempunyai empat orang adik beradik. Tiga orang dari kami bekerja dan sibuk dengan pelbagai urusan. Namun kami bernasib baik kerana mempunyai seorang kakak yang tidak bernasib baik dalam persekolahan. Tidak bekerja. Dan pada dialah sahaja tempat ibu menumpang semasa sakit.                                
     Kesimpulannya, anak yang kurang Berjaya inilah yang berada bersama ibu bapa di kampung. Oleh itu usah tangisi sekiranya ada segelintir anak yang gagal dalam pendidikan, kerana merekalah nanti yang akan bersama keluarga.
     Kita seronok hari ini kerana anak cemerlang dalam pelajaran, ingatlah, anak itulah yang MUNGKIN akan meninggalkan kita kerana  diperlukan masyarakat. Gembira hari ini air mata untuk esok? Atau kita berduka hari ini kerana anak-anak malas bersekolah, tinggal dikampung…. Lihatlah berapa ramai anak-anak seumpa itu yang menjada ibu di kampung.
     PELBAGAI KEJADIAN
     Antara pelbagai peristiwa yang kita dengar akhir-akhir ini ialah anak-anak dipengaruhi oleh pasangan. Ada kata-kata, ORANG LAIN MENDAPAT MENANTU, KITA HILANG ANAK.  Maksudnya, ramai anak-anak yang tidak balik ke rumah kerana berada di rumah mertua. Berita media yang sempat kita ikuti akhir-akhir ini, kejadian Ibu koma kerana ditumbuk anak lelaki kerana siibu lembap menyediakan persiapan kahwin. Ada kejadian lain di mana anak yang cuba melemparkan ibu dari tingkat 14 kerana siibu tidak memberikan wang.
…… dan ramai juga yang meletakkan ibu di rumah orang tua kerana anak-anak tidak mempunyai waktu untuk menjaga ibu ketika tua…..