....

.....

10 October 2010

ORANG KAMPUNG

SAYA TIDAK PERNAH TINGGAL UNTUK MENYAKSIKAN KEJUARAAN MENARIK INI.
KITA SAKSIKAN SEKETIKA
 


"Ada suatu perkara yang agak unik juga di Kelantan iaitu sukan Boxing Siam yang masih segar diminati oleh penduduknya walaupun sukan itu sebenarnya berbahaya. Saya masih ingat semasa saya bersekolah di SEKOLAH MENENGAH ISMAIL PETRA dulu, ramai juga kawan-kawan saya yang menganggotai Kelab Boxing. Seorang kawan saya dari kampung Tikat Kota Bharu bernama Kamil turut menyertainya. Kawan saya ini memang amat meminati boxing siam.
     Saya cuma mengikuti perkembangan kelab ini dari jauh kerana saya merupakan ahli kepada kelab catur sekolah berkenaan. Kawan saya Kamil amat rajin berlatih. Dan Allah Maha mengetahui segala-galanya. Ajal maut di tangan Tuhan. Suatu hari Kamil ditumbuk di kepala, terjatuh sehingga tidak dapat hadir ke sekolah beberapa hari. Kami sama-sama di tingkatan 5 sains. Beberapa hari kemudian saya dengar stau berita yang amat sedih, iaitu kawan saya itu meninggal dunia.
     Itulah, kematian itu di mana-mana sebenarnya. Tetapi Kamil meninggal dunia turut dikaitkan dengan kecederaan yang dialaminya semasa berlatih boxing. Hingga hari ini saya
     Saya masih ingat juga pada beberapa tahun sebelumnya ketika saya masih berada di Sekolah Menengah Rendah Gual Ipoh. Pada masa itu di kampung Banggul terdapat seorang guru silat Sepelet yang bernama Salleh (yang juga dikenali sebagai Leh Tok Pendekar). Salleh atau Leh ini amat handal dan terkenal sebagai guru silat di kampung Banggol dan kawasan sekitar.
     Kehandalan Leh menyebabkan beliau dipelawa untuk menyertai pertadingan Muai Thai, melawan seorang yang bernama Wirat di pekan Sungai Golok. Ramai penduduk kampung sekitar Gual Ipoh, Tanah Merah yang turut hadir menyaksikan pertarungan antara LEH dan WIRAT. Bagaimanapun, cuba kita bayangkan, bagaimana berlangsungnya pertarungan antara seorang pesilat dengan seorang boxer.
     Akhirnya berita yang saya dapat... LEH kalah jua dalam pertarungan itu.
     Cerita berkenaan sekadar mengimbas beberapa peristiwa ketika saya masih di bangku sekolah.
     BAGAIMANAPUN sukan ataupun seni ini masih segar dan popular di Kelantan, samada ianya dilihat sebagai seni, sama juga dengan seni Silat Jatuh, Silat Tari, Silat pulut, silat Sepelet dan juga Muai Thai.
    Bagi sesetengah penduduk kampung yang kurang meminati seni sukan ini berkata, inilah seni melaga orang. Aneh ada pemimpin yang mengharamkan hiburan nyanyian, mengharamkan karaoke dan sebagainya tetapi menghalalkan seni yang bahaya ini , seni melaga orang.
     Semasa saya bertugas di FELDA Kemahang, Tanah Merah, saya selalu menghadiri pertunjukan ini walaupun terpaksa membeli tiket masuk RM 10 sekitar tahun 2007, 2008 dan 2009. Video di atas saya rakamkan pada tahun 2008 di Felda Kemahang 1. Ianya cuma sekadar koleksi peribadi saya. Maksudnya sukan ini semakin berkembang dan segar. Dan hingga ini (Oktober 2010) terdapat ura-ura untuk mewujudkan pula sebuah gelanggang boxing Siam di Felda Chiku 3, Gua Musang. Kita tunggu dan lihat.Sebenarnya sukan kampung’ popular ini dipercayai dibawa masuk dari negara Thailand sejak awal 1800.Seni mempertahankan diri yang lebih merujuk kepada penggunaan siku dan lutut ini dihiasi muzik tradisional Kelantan mengiringi langkah sembah guru ‘Wai Khru’ manakala ‘Mong Kon’ (pengikat kepala) yang berbeza. Perkembangannya terencat ketika kerajaan Pas mengambil alih pemerintahan pada 1990 dan mengharamkannya apabila ia dianggap berunsur ganas dan menyakitkan.
     Agak mengejutkan apabila pada 2006, kerajaan negeri mengumumkan larangan itu ditarik balik, malah akan bersama membantu menyemarakkan tomoi sebagai suatu sukan dengan turut menggunakan ‘acuan tempatan’.
     Kerajaan negeri berharap ia dapat diberikan nama baru - Muay Kelantan atau Boksing Kelantan dengan selitan identiti negeri bagi sukan yang semakin diterima oleh masyarakat dunia.
     Malah, kerajaan negeri juga membenarkan penglibatan wanita dalam pertunjukan dan pertandingan sukan tomoi walaupun ia sebelum ini dianggap bertentangan dengan fitrah wanita.
     Tidak ramai yang menyedari sukan ini dalam diam menarik minat pelbagai golongan masyarakat daripada kanak-kanak hingga orang tua, daripada penarik beca hingga golongan profesional.
     Lebih menarik, ia adalah pertarungan sebenar yang menguji kelasakan, ketahanan diri, kepintaran dengan aksi-aksi pantas, luar jangkaan yang selalunya mendebarkan.
     Keyakinan penaja mula beransur meningkat dan penyertaan syarikat gergasi TM Malaysia memberi nafas baru dengan mengangkat sukan ini ke tahap lebih berprestij melalui penganjuran secara profesional dan ganjaran lebih baik.
     Di Kelantan, ia mula mendapat nafas baru dengan berlangsungnya TM-Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan 2008 penghujung tahun lalu bagi merebut piala Tengku Mahkota Kelantan.
     Ia disusuli dengan TM-WMC Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan 2009 selama tiga hari mulai 27 Mac lalu di Stadium Sultan Muhammad Ke-4.
     Kejohanan anjuran Boxx Event dan Persatuan Boksing Negeri Kelantan ini merupakan kejohanan antarabangsa terbesar di negara ini dengan mengumpulkan 42 peninju terkemuka, termasuk beberapa jaguh dunia.
     Kalangan penggiat sukan ini menyifatkan Kelantan sebagai lubuk atlet tomoi di negara ini yang masih belum ditimba.
     Namun, sewajarnya ganjaran lebih setimpal dengan sukan berisiko ini diberi perhatian oleh semua bagi mengangkat maruah penggiatnya supaya ia tidak kelihatan disamakan dengan pertandingan seni suara merbuk antarabangsa. 


No comments: