....

.....

07 October 2010

WAN KEMBANG 1


KITA SAKSIKAN SEKILAS
DEWA MUDA
KLIP INI ADALAH HIASAN, TIADA KENA MENGENA DENGAN TULISAN
     KELANTAN Merupakan antara sebuah negeri di Malaysia yang memiliki seni budaya tradisional yang unik selain daripada sejarahnya dan juga tempat persinggahsanaan menarik. Antara seni budaya rakyat negeri ini yang masih lagi menjadi kebanggan penduduk ialah Dikir Barat, Makyong dan Seni Silat. banyak lagi permainan budaya rakyat yang lain seperti wayang kulit, menora, permainan kertok semakin malap dan kurang diminati oleh generasi masa kini.
     Bagaimanapun hingga hari ini negeri Kelantan masih lagi dianggap sebagai lubuk seni dan ramai pengunjung dari luar yang sengaja berkunjung ke negeri ini untuk menyaksikan seni budaya yang masih lagi dipertonton.
    Bagaimanapun menerusi tulisan ini saya ingin menyentuh sepintas lalu mengenai sejarah pemerintahan beraja di Kelantan yang bermula daripada Cik Siti Wan Kembang hinggalah ke hari ini di bawah pemerintahan Sultan Muhamad Ke V mulai Oktober 2010.
    Berikut ialah salasilah mengenai pemerintahan beraja di Kelantan:
    Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja beragama Islam bernama Raja Kumar. Bagaimanapun sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesan daripada manakah asalnya Raja Kumar berkenaan yang turut menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China.
Selepas pemerintahan Raja Kumar, lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M, yang kemudiannya Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginga iaitu Sultan Mansur.
Di zaman pemerintahan Sultan Mansur, Kelantan menjadi masyhur hingga ke Melaka yang pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Tetapi pada tahun 1477M, Raja Melaka menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan.
Bagaimanapun ianya berakhir dengan satu peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).
Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), putera baginda, Raja Gombak ditabal menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak".
Setelah baginda Raja Gombak mangkat, cucunda baginda yang dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H) dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa, Pahang.
Pasangan ini dikurniakan seorang puteri diberi nama Cik Siti Wan Kembang.

No comments: