....

.....

15 October 2010

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN DIMANSUH!!!

Sistem penilaian k'tangan awam PTK dimansuh
Okt 15, 10 5:55pm
Kongsi 30
Menerusi Bajet yang baru diumumkan, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecepatan (PTK) untuk kakitangan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, PTK akan digantikan dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.

abdullah ahmad badawi pak lah civil servants forum 280108 crowdBeliau menegaskan demikian ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Perdana menteri itu, keputusan itu dibuat dalam usaha berterusan menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambilkira maklumbalas para penjawat awam.

Katanya, penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah komponen yang amat penting dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan.

"Tanpa agen pelaksana yang cekap, berkesan dan dinamik, wawasan negara akan hanya tinggal sekadar matlamat murni", tegas perdana menteri.
Rasa tidak puas hati berkaitan PTK tidak sahaja bangkit dari kakitangan bawahan, malah sehingga peringkat pegawai kanan kerajaan.
Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu PTK dikaji semula termasuk dari segi kenaikan pangkat dengan tidak hanya mengutamakan mereka yang lulus cemerlang tahap empat sahaja.

Sebaliknya, Presidennya, Omar Osman dilaporkan berkata penjawat awam yang lulus tahap tiga namun berpengalaman dan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, juga perlu diberikan keutamaan untuk kenaikan pangkat.

Katanya, ini kerana sejak PTK diperkenalkan pada 2002, kakitangan lama memang sukar untuk mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PTK berbanding kakitangan muda.

Mengikut sistem PTK, mereka yang lulus tahap empat layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dan anjakan gaji manakala lulus tahap tiga layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat.

Ramai kakitangan lama yang berpengalaman, sukar menikmati kenaikan pangkat disebabkan lulus tahap tiga dan terpaksa bersaing dengan mereka yang lulus cemerlang tahap empat.

ORANG ASLI BERAYA SAKAN

Sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan Pribumi.

Peruntukan itu adalah untuk melaksanakan pelbagai projek, termasuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah dan persempadanan penempatan Orang Asli serta membangunkan Model Baru Pembangunan Orang Asli.

Perdana menteri menegaskan demikian ketika membentang bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Selaras dengan itu, katanya, jabatan hal ehwal Orang Asli akan disusun semula dan diperkukuhkan dengan memberi nafas sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli.



Bantuan khas RM500 untuk k'tangan awam
LEPAS BAYARAN PREPAID HANDFON 5 ORANG ANAK
Okt 15, 10 5:41pm
Kongsi 99
Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.

NONEIa akan dibayar pada bulan Disember bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan persekolahan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarng, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.

civil servants government workers"Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan," tambah beliau.

Kerajaan juga, katanya, perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi.

Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.
Najib juga mengumumkan penjawat awam wanita diberi pilihan untuk menentukan sendiri sama ada untuk mengambil cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari.
Sekarang ini, mereka menikmati 60 hari kecuali di Kelantan yang telah melaksankan tempoh cuti 90 hari berkenaan.