....

.....

12 October 2010

14 FELDA CHIKU 02

SUKAR UNTUK SAYA GAMBARKAN  gembiranya hati saya kerana dapat bertukar dan berkhidmat di negeri sendiri. Biarpun Felda Chiku 2 dikatakan kawasan pendalaman, namun kalau dibandingkan dengan rancangan Felda gugusan Aring dan Perasu, kawasan berkenaan masih jauh di kawasan pendalaman.
     Pengurus Felda Chiku 2 semasa saya melapur diri ialah En Ali Ahmad. Bagaimanapun belia tidak lama di sini kerana beliau memilih untuk berkhidmat dengan salah sebuah ladang milik kerajaan negeri Terengganu, dan kemudiannya pengurus kami yang baru ialah En Zakaria Hamat (kini bersara dan menetap di Tanah Merah).
     Memang kehidupan di sini pada masa itu amat menyulitkbetapa seronoknya saya bila dapat kembali bertugas di negeri sendiri. Biarpun Felda Chiku 02 berada di kawasan pendalaman, namun banyak lagi kawasan Felda yang boleh dikelaskan sebagai kawasan pendalaman. Felda Aring dan juga Felda Perasu masih lagi di kawasan pendalaman berbanding dengan Felda Gugusan Chiku.
     Felda Chiku 2 masa itu masih di tahap pembangunan iaitu kerja-kerja menanam dan juga menyulam. Peneroka yang ada bukan sebagai peneroka sebenar, mereka Cuma BURUH CALUN PENEROKA (BCP) dan tinggal di rumah-rumah panjang manakala kakitangan pula tinggal di perumahan sementara yang disediakan oleh pihak Felda.
     Pengurus Felda Chiku 2 pada masa ini ialah En Ali Ahmad manakala lain-lain petugas ialah Othman Ismail (kemudiannya menjadi pengurus di salah sebuah rancangan Felda Technoplant di negeri Sembilan), Ibrahim Othman (kini pengurus di salah sebuah rancangan Felda di Perak), Mohd salleh Bedol (kini Pengurus di kawasan Segamat)… Idris Isa (kini pengurus di Terengganu), Azmin Zulkifli (kini di wilayah Terolak), Mohd Ikrom Khalil, Zainudin Kadir, Nordin Zakaria… dan beberapa nama lain…an. Bagi BCP yang berasal dari kawasan sekitar Kota Bharu, Machang, Tanah Merah, Pasir Putih, Tumpat, Bachok dan sebagainya… mereka terpaksa menaiki keretapi di Kuala Krai ke Gua Musang dan kemudiannya menumpang trektor untuk masuk ke Chiku atau Perasu.
    Sekiranya tidak ada land rover atau trektor tidak ada yang keluar daripada Chiku, mereka terpaksa bermalam di setesen keretapi Gua Musang selama beberapa malam. Kakitangan Felda juga begitu, Cuma kakitangan dapat berkumpul di sebuah Rest House yang disediakan oleh pihak Felda sementara menunggu kenderaan daripada rancangan keluar ke Bandar Gua musang sejauh kira-kira 40 kilometer.
     Pada masa ini jalan seperti yang ada sekarang ini, jalan utama daripada Kuala Krai ke Gua Musang dank e Kuala Lipis masih dalam pembinaan oleh pihak kontraktor Italian Thai. Hanya selepas setahun saya berada di Felda Chiku 2, barulah jalan daripada Chiku ke Kuala Krai… (sehingga Laloh) dapat digunakan menggunakan motosikal. Namun kalau hari hujan, jalan itu amat sukat dilalui kerana selut tanah merah bukan sahaja licin, merbahaya tetapi juga menyebabkan motosikal tersangkut di perjalanan.
     Kemudahan asas yang kurang sempurna menyebabkan ramai BCP yang lari meninggalkan tanah rancangan Felda di Chiku 2. Pendapatan BCP juga hanya bergantung kepada gaji sebagai buruh yang dibayar secara KONG iaitu RM 3 sehari manakala harga sawit berada di paras RM 60 setan. Kilang sawit Chiku dan Aring masih dalam pembinaan ketika saya bertugas di Felda Chiku 2 dan segala hasil sawit dihantar ke kilang sawit swasta diestet Pahi.
     Hidup di Chiku 02, sekitar tahun 80an ini amat membosankan. Jauh di pendalaman, sukar perhubungan, tidak ada kemudahan apa lagi kegiatan yang berbentuk hiburan. Di hadapan rumah saya didirikan oleh Felda sebuah balairaya dan disitulah tempat asal yang dijadikan Sekolah sebelum berpindah ke tempat yang ada pada hari ini iaitu Sekolah Kebangsaan Chiku 02.
     Sekolah sementara di balairaya Chiku 02 ini juga merupakan sekolah kepada para pelajar dari rancangan Felda Chiku 3.
     Namun kepada yang bijak mengambil kesempatan, mereka mula menjalankan perniagaan samada perniagaan kecil-kecilan kedai runcit atau menjual alatan rumah secara ansuran. Antaranya Ismail Musa (juga digelar sebagai Pakwel menabur) dan juga Mat Golok. sAYA JUGA bangga kerana Chiku 2 menjadi pusat pertemuan kepada kakitangan yang bertugas di sekitar rancangan-rancangan Felda Aring dan juga Perasu. Sesekali pertemuan diadakan bersama dengan Pengarah Besar Dato Alladin Hashim (masa itu), dewan kecil di hadapan rumah saya itu lah menjadi pusat pertemuan. 
     Dikir barat memang tidak asing kepada masyarakat Kelantan. Dan sebagai mengisi kekosongan, ramai BCP yang mula berkumpul dan berdikir barat menggunakan baldi plastic sebagai gendang. Mat Batal merupakan juara dikir masa ini manakala tukang karutnya bernama Ismail.
    Selaku kakitangan di sini, saya merasa bertanggungjawab untuk membantu pasukan dikir yang mula bertunas. Lantaran saya mengambil inisiatif untuk mendapatkan satu set peralatan kepada pasukan ini yang saya beli di kampung Jedok Tanah Merah. Dari saat itu bermulalah pasukan baru dikir barat yang lebih segar dan antara yang handal bermain gendang ialah seorang peneroka yang digelar Ayah Mat.
    Di masa ini juga BCP mula diserap menjadi peneroka manakala rumah-rumah peneroka mula dibina ditapak yang ada sekarang. Peneroka mula bertambah, dan seorang lagi juara dikir digilap iaitu Suhaimi (yang kini menjadi bilal di masjid Felda Chiku 2).
     Akhirnya pasukan dikir Chiku 2 mula menyerlah dan keluar mengadakan pertunjukan di kawasan sekitar termasuklah di kawasan Kesedar Sungai Asap, Limat Kasturi dan Kesedar Jeram Tekoh. Ismail tukang karut kami semakin popular dan akhirnya bersaing bersama tukang karu tersohor lainnya dengan gelaran MAIL GUNUNG GANANG.
     Ada suatu yang menyayat hati semasa saya berada di Felda Chiku Dua. Iaitu berlakunya suatu kemalangan kepada BCP di sini bernama SAKAZAN ketika memasuki hutan berhampiran untuk mencari buah Tampoi. Suatu petang Sakazan bersama beberapa orang rakan masuk ke hutan untuk mencari buah tampoi di mana Sakazan yang memanjatnya terjatuh dan meninggal dunia di situ.
     Satu lagi kemalangan yang sukar saya lupakan ialah berlaku kepada arwah Pak Mat (saya lupa gelaran yang diberikan kepada PakMat….. ) yang terlanggar kayu tumbang di jalan tanah merah Chiku ke Laloh… dan Pakmat juga meninggal di situ….
     Sebaik rumah kakitangan tetap, rumah peneroka dan pejabat disiapkan oleh pihak Felda sekitar tahun 1986, saya mendapat surat daripada pihak perjawatan dan bertukar ke Felda Sungai Merchang 2, Terengganu (kini dinamakan Felda Rantau Abang 2).
Photobucket
KAKITANGAN FELDA DI HADAPAN RUMAH SEKITAR 80AN

No comments: