....

.....

12 October 2010

JADILAH PEMIMPIN YANG DISAYANGI


PELBAGAI REVOLUSI DI DUNIA SEJAK 01 JAN  TAHUN 01


Photobucket
          Kisah yang pertama: Seorang permaisuri sedang duduk di dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Pada masa itu kaum petani dan penduduk kampung sedang membawa belantan, kapak serta sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda yang menarik kereta di sebat-sebat supaya dapat memacut sepantas yang mungkin. Bagaimanapun kaum tani dan penduduk kampung mengejar laju dan akhirnya kuda itu keletihan sehingga kaum tani dapat mengepung kereta kuda itu.
     
     Cerita ini adalah merupakan hari-hari terakhir Marie Antoinette iaitu permaisuri Peranchis yang hingga ke hari ini masih di ingati kerana tindakan bodonya.
     
     Apabila kaum tani di Peranchis pada masa itu kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti – Marie Antoinette bekata “ Kalau tidak ada roti makanlah kuih’.
     
     Bagaimanapun setelah beliau ditangkap kerana cuba hendak melarikan diri, Marie Antoinette di bicarakan. Keputusan rakyat ialah lehernya perlu di penggal dengan guillotine oleh puak Revolusi di Perancis yang berlaku pada tahun 1793. Mulai hari itu sistem feudal beraja mula hapus di Peranchis dan Peranchis manjadi Republik.
     
     Kisah kedua: Seorang bomoh berjanggut tebal telah mati di tembak dalam perigi. Manakala di luar rakyat semakin ramai. Salji pada masa itu turun dengan lebat. Di dalam bilik peraduan pula Raja dan Permaisuri sedang memasukan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam sebuah peti besi. Di Luar, biarpun dalam kesejukan salji, rakyat sedang bersedia menunggu.
     
     Kisah ini adalah saat saat akhir apabila Rasputin iaitu bomoh kesayangan Czarina Russin telah di bunuh. Rakyat Russia kemudiannya bangun memberontak dan menentang sistem feudal Czar di Russia. Keluarga Ramanov yang rasuah telah cuba lari dan bersembunyi. Mereka kemudiannya ditawan dan berakhir dengan hukuman mati. Itulah Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Di Rusia juga sistem feudal di hapuskan. Russia mula menjadi sebuah Negara Republik.
     
     Kisah ketiga: Apabila malam mula gelap baginda raja dinaikkan ke atas kapal menuju ke Itali. Beberapa orang pengikut mengiringi baginda. Kuncu-kuncu ampu juga mengekor. Para pengampu datang mencium tangan. Bagaimanapun tidak ramai yang hadir di perlabuhan. Bila kapal bergerak peluit pun tidak di bunyikan. Semuanya senyap.
      
     Cerita ini merupakan malam akhir Al-Malik Fārūq al-Awwal iaitu Raja Mesir yang di naikan ke atas kapal oleh Presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah di hantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada tahun 1952. Di sini juga system feudal di hapuskan. Mesir menjadi Republik.
     
     Kisah keempat: Telefon berwarna merah berdering. Pembantu Presiden mengangkat tetapi kemudiannya menggeleng-menggelengkan kepala seakan tidak mahu bercakap. Raja segala raja ini mula sedar bahawa saatnya akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang injin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang dan hanya menunggu untuk terbang.
     
     Cerita Keempat ini ialah hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan dari Presiden Jimmy Carter. Jimmy Carter bagaimanapun enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Jimmy Carter telah mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa Presiden sedang berehat di Camp David dan tidak mahu di ganggu. Pada 11 Febuari 1979 Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini di tendang keluar oleh Rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan. Iran menjadi sebuah Republik.
     
     Ini adalah contoh berakhirnya sistem feudal dimana Raja, Al-Malik, Shah , Emperor dan Czar di tendang keluar oleh rakyat. Ada yang di bunuh, di penggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.
     
     Kesimpulan daripada cerita ini, kepada para pemimpun Negara, sedarlah bahawa di zaman penuh pancaroba ini para pemimpin berkhidmatlah dengan baik supaya nasib rakyat terbela………


     Kita perhatikan kejatuhan kerajaan di bawah pimpinan Ferdinand Marcos, lihat juga keadaan politik ditempat sendiri.... kerajaan bertukar tangan, apa yang berlaku di Thailand ... jangan ianya berlaku di negara sendiri...


       "Ok….. selamat berkumpul dan selamat mengundi di DUN Galas, Gua Musang tidak lama lagi".
Photobucket

No comments: