....

.....

03 October 2010

PAK KADOK

     
     Biarpun kita sudah terlalu maju, sibuk dengan segala aktiviti mencari rezeki, sibuk dengan kegiatan social yang lain, dan tak lupa juga dengan sibuk berpolitik, elok juga sesekali kita membaca cerita-cerita lama yang penuh dengan pengajaran dan juga sindiran.
     Saya ingin mengimbas sejenak sebuah cerita lama yang berasaskan orang Melayu, iaitu cerita Pak Kadok. Cerita ini amat popular suatu masa dahulu disampaikan oleh ibu bapa kepada anak-anak sebagai hiburan sebelum anak-anak tidur.
     Kisah ini berlaku di sebuah negeri bernama Chempaka Seri yang diperintah oleh seorang raja iaitu Raja Indera Sari. Antara tabiat raja ini ialah amat suka berjudi terutama judi menyabung ayam sehingga turut menyababkan rakyatnya juga menjadi leka.
     Di pinggir negeri Chempaka Sari, di sebuah kampung terpencil terdapat seorang tua yang dikenali sebagai Pak Kadok.
     Seperti rakyat jelata yang lain, Pak Kadok juga turut memiliki sesekor ayam laga yang pandai berlaga dan selalunya menang dalam beberapa pertandingan.    
     Suatu hari Pak Kadok mengalami kesempitan wang. Lantas menyatakan hasratnya kepada isterinya,untuk menyambung ayam di gelanggang raja sebagai salah satu cara untuk mendapatkan wang.
     Hasrat ini dipersetujui oleh isterinya Bagaimanapun Pak Kadok tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk majlis kenamaan. Bagaimanapun isteri Pak Kadok dapat mengadakan sepasang pakaian baru dengan menjahitnya dengan menggunakan kertas.
     Pak Kadok mengadap raja untuk menyatakan hasratnya berjudi menyabung ayam dengan SI JALAK ayam raja.      
     Tiba pada hari yang dijanjikan untuk majlis menyabung ayam berkenaan Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani, membasuk dan menyapu dengan obat-obatan. Beliau mengasah tajam taji ayam dan mengikatnya dengan kemas.
    Bagaimanapun raja yang penuh pengalaman mengenai ayam sabung membayangkan bahawa ayam Pak Kaduk akan menang dalam perlawanan itu.
    Bagaimanapun ayam raja lebih cantik dengan bulu yang berwarna warni.
    Raja memuji-muji ayamnya yang cantik dan mencadangkan supaya mereka bertukar ayam. Pak Kadok setuju dengan cadangan raja dan mereka bertukar-tukar ayam. Suatu perkara yang terjadi sebelum ayam itu bertukar tangan, raja mengarahkan supaya taji ayamnya dipasang terbalik yang mampu menikam dadanya sendiri. Hal ini tidak disedari oleh Pak Kadok.
     Akhirnya mereka bertukar ayam.
     Maka titah baginda,,
     “Hai Pak Kadok, apakah taruhannya kita menyambung ayam pada hari ini? Letakkanlah pertaruhan Pak Kadok terlebih dahulu…”
     “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik ini tidak ada apa-apa harta pun. Patik hanya ada sebuah kampung di hujung negeri. Sekiranya tuanku setuju, sekiranya ayam patik kalah, tuanku ambillah kampung itu dan segala isinya. Tetapi sekiranya ayam patik menang, mohon tuanku setujulah meminjamkan saya wang sebanyak 50 ringgit….”
     Raja amat bersetuju dengan hasrat yang dinyatakan oleh Pak Kaduk.
     Bila ayam mula dilagakan, Biring Si Kunani ayam Pak Kadok yang telah ditukar dengan raja terus datang menyerang Si Jalak . Si Jalak membalas serangan namun taji di kakinya menikam dada sendiri sehingga si Jalak menggelupur dan mati. Pak Kaduk Kalah.
     Akhirnya Biring Sikunani menang.
     Setelah Pak Kadok melihatkan ayam jalak sudah mati dan Si Biring itu menang maka ia pun lupalah bahawa yang kalah itu ialah dirinya sehingga Pak Kadok bersorak-sorak girang dan tanpa disedari baju serta seluar kertas yang dipakainya carik hancur dan Pak Kadok bertelanjang bulat.
    Raja dan pembesar semuanya tertawa serta bertepuk tangan dengan tempek soraknya kesukaan dengan kemenangan itu serta memandang Pak Kadok yang bogel. Pak Kadok semakin bangga apabila semua orang memandangnya.
     Bagaimanapun apabila dia melihat dirinya sendiri yang berbogel, beliau terkejut, malu dan terus berlari pulang. Isterinya yang marah-marah melihat Pak Kadok pulang berbogel dan ayamnya kalah kerana bertukar tangan sehingga berlaakunya suatu pergaduhan menyebabkan Pak Kadok membunuh isterinya.

  •       ADUHAI MALANG NASIB Pak Kadok
  •       AYAMNYA MENANG KAMPUNG TERGADAI
  •       SORAKNYA KUAT TETAPI BOGEL
  •      ADA ISTERI DIBUNUH……

……………….. apakah akan berulang cerita MENANG SORAK NEGARA TERGADAI seperti ini….. Ingatlah Bangsaku…..!!!.

2 comments:

ctpayong said...

haishhh..cian ayam tu...maner boleh laga ayam

Khairul said...

sudah jatuh
di timpa tangga plak...