....

.....

01 October 2010

Dr. Burhanuddin Al-Helmy


Dr. Burhanuddin Al-Helmy—ANTARA MEREKA YANG BERJASA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA

     Kita baru saya menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 53. Kita bebas dari belenggu penjajahan dan pada hari ini kita dapat hidup di bumi tercinta dalam suasana aman damai. Biarpun generasi kita tidak pernah hidup di zaman pemerintahan Jepun, namun cerita-cerita dari bibir mereka terdahulu amat menakutkan.Banyak peristiwa sejarah yang kita dengar, ramai juga yang menjadi korban ketika menjadi buruh paksa membina jalan keretapi di Burma.
     Ibu saya pernah bercerita, beliau dikahwinkan dengan ayah saya dalam usia muda kerana dikhuatiri ibu juga turut diculik oleh tentera Jepun. Menurut kata nenek saya, memang ramai kalangan gadis kampung yang menjadi mangsa dilarikan oleh tentera Jepun. Lantaran bagi mengelakkan kejadian ini, ibu dikahwinkan dengan ayah saya biarpun antara mereka tidak pernah bercinta. Hasilnya mereka memperolehi dua cahaya mata, kakak saya dan saya.
    Kita singkap kembali sejarah silam yang mengaitkan peranan Dr Burhanuddin dalam membantu ke arah kemerdekaan negara. 
     Pada bulan Julai 1945, apabila terdapat tanda-tanda bahawa tentera Jepun akan menyerah kalah, Ir. Soekarno, pemimpin besar Indonesia bergegas ke Saigon menemui Terauchi, iaitu ketua Turus angkatan tentera Jepun bagi South East Asia dalam urusan kemerdekaan Indonesia. Jepun menolak tuntutan soekarno supaya Jepun menyerahkan Indonesia kepada rakyat Indonesia.
     Soekarno kemudiannya singgah di Taiping, Perak dalam perjalanan balik ke Jakarta dan kemudiannya menemui Dr. Burhanuddin Al-Helmy, seorang pemimpin politik Melayu yang ulung pada waktu itu.
     Dalam pertemuan itu Soekarno berunding dengan pemimpin Melayu berkenaan untuk menubuhkan sebuah Negara baru yang bebas lantaran Dr Burhanuddin Al-Helmy menjadi presiden Malay Nasionalis Party(MNP) yang ditubuhkan dalam tahun 1945 selepas perang dunia.
    Catatan ini terdapat pada mukasurat 47, buku “Penitianku-sebuah catatan peribadi Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba.”
     Dr. Burhanuddin Al-Helmy merupakan orang dan pemimpin yang menuntut kemerdekaan dari British. Beliau dan semua penduduk yang ada pada masa itu iaitu semasa pemerintahan BMA (Pentadbiran Tentera British, selepas tamat Perang Dunia Ke-2 pada 1945 hingga pertengahan 1946).
     Pada masa itu beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan kemerdekaan Malaya.
     Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah pencinta nusa dan adalah BAPA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA.
     Jasa-jasanya tetap dikenang dan ditulis dalam sejarah Malaysia, tanpa beliau dan sumbangan ramai yang menuntut kemerdekaan pastinya Pemerintahan British tidak akan membebaskan negara ini.
     Beliau yang juga pernah menjadi Yang Dipertua PAS, Dr. Burhanuddin yang pada masa Darurat 1948, telah secara terbuka menyeru orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan. Beliau inginkan jajahan British dihancur dan kuasa rakyat dan kebebasan rakyat dikembalikan!
     BELIAU ADALAH WIRA NEGARA KERANA BELIAU PALING AWAL MELAWAN BRITISH SEHINGGA DARURAT DAN TERUS BERJUANG UNTUK PEMBEBASAN BELENGGU KOLONIAL !!! ITULAH SEBAB BELIAU DIGELAR BAPA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA
     (BELIAU BUKAN AHLI KOMUNIS, BELIAU BERJIWA MERDEKA JITU DAN HANYA MAHU MENENTANG BRITISH DAN MENUNTUT KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA RAKYAT)!!!
     Peranan dan pengaruh yang dimainkan beliau amatlah penting dan bermakna, dan justeru semangat tak patah dan tak putus asa terus membantu nusa ini dibebaskan dari kongkongan jajahan British!
     Semoga hari jadinya menjadi hari peringatan untuk kita semua mengenang budi dan jasa BAPA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA!
     Hari Peringatan BAPA MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA haruslah dirai oleh semua, sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin yang jitu dan berjiwa merdeka!!
     Kita semua hormati jasa dan budinya! Keluarga dan generasi Dr. Burhanuddin Al-Helmy haruslah diberi penghormatan yang tinggi dan diharap memoirnya boleh diterbitkan dalam pelbagai bahasa pada masa yang akan datang.

No comments: