....

.....

10 October 2010

6 PERISTIWA PENTING SELEPAS BERCERAI

MUKA SURAT 6
(MS 1)   (MS 2)    (MS 3)     (MS 4)   (MS 5)    
     Banyak perkara menarik bagaimana bekas isteri saya memfitnah saya selepas kami berpisah. Beberapa kali beliau berkunjung ke rumah kakak saya dengan kata-kata ingin tetap berkawan dengan saya, namun dalam diam dia memperburukkan saya terutama menuduh saya mempunyai orang lain. Dan sememangnya wajar sekiranya saya mencari calon pengganti selepas ini.
     Semasa berlaku kematian sepupu saya arwah Khaidi Matsin, isteri saya juga datang dan mengadu pelbagai perkara kepada keluarga terdekat saya seolah-olah meminta saya disisih oleh keluarga saya. Namun, keluarga saya adalah keluarga saya. Darah daging saya adalag darah daging saya. Cuma saya tetap cekal dan tidak pula membalas dan mengadu kepada keluarganya. Alhamdulillah. 
     KEMUNCAK RASA TAK TAHAN DENGAN BEKAS ISTERI MITHALI SAYA INI, maka  SAYA MENGADU KEPADA PAKCU MIN iaitu ayah sepupu saya yang tinggal di Kota Bharu....
     Selain itu semua mesej dari bekas isteri saya yang saya simpan kemas dalam telefon saya saya tunjukkan juga kepada Pakcu Min. Saya juga menunjukkan kepada pakcu Min surat pengesahan mahkamah bahawa kami telah bercerai. Sekiranya saya tidak lakukan sedemikian, ramai masih menganggap apa jua pengaduan isteri saya adalah benar dan masih menganggap kami masih belum berpisah.
     Maksudnya, apa jua yang saya lakukan selepas tarikh 11.10.2009, adalah hak saya. Sekiranya saya mencari calon pengganti, bekas isteri saya tidak ada apa-apa hak untuk mengganggu, sama seperti saya tidak mengganggu ketenangannya.
     Seperti yang saya katakana saya tidak pernah melenting terhadap semua mesej yang dihantar oleh isteri saya semenjak kami berkahwin dan bercerap pada 11.10.2009.
     DAN INILAH KATA-KATA PAKCU MIN

Name: XXXXX Number: +XXXXXXXXXX: Macam tulah kalau pak cu pun marah jugak

Time: 21/07/2010 19:37:11


Name: XXXXX Number: + XXXXXXXXXX

Tak patut le dia buat gitu'

Time: 21/07/2010 19:37:32

     Pada saya , saya perlu mencari seorang pengganti. Itulah, sekiranya benar saya sudah mempunyai calon isteri sebelum ini, pasti saya berkahwin dengan calon cadangan saya. Ataupun kalau saya sudah mempunyai isteri lain selain dia, pasti saya membawa bersama atau tidak lagi tercari-cari.
   AKHIRNYA saya bertemu dengan seseorang dan memandangkan saya perlu ada pengganti, SAYA BERKAHWIN LAIN dengan pilihan saya SETELAH 9 BULAN SAYA MENDUDA…. PERKAHWINAN SAYA KALI KEDUA IALAH PADA 1.8.2010 ….  
     BAGAIMANAPUN KEESOKAN PAGINYA SAYA MENDAPAT MESEJ INI DARIPADA bekas isteri saya….

Name: xxxxx Number: +6014806xxxx

Slmat pgantin bru smoga kekal hgga akhir hyat..boleh burit tgelam dlm prut jga ke..kui2...lain kali jgn mgata org..

Time: 02/08/2010 19:38:02

    Itulah secebis kisah yang perlu saya paparkan kerana sebelum ini saya hanya menyepi. Saya perlu memberi penjelasan sewajarnya. Saya tidak perlu menyepi sampai ke akhirnya, kerana saya juga ada harga diri.Dan segala mesej yang dihantar oleh bekas isteri saya , saya tidak mengubahnya walaupun sebutir noktah.
     Tidak ada terniat sedikit pun di  hati saya untuk berpisah dengan isteri saya sekiranya beliau tidak menuntut cerai di mahkamah. Pada saya apabila tuntutan cerai di mahkamah bermakna, tuntutan itu adalah serius. 
     PERISTIWA PENTING SELEPAS BERCERAI
     Antara beberapa peristiwa penting selepas kami bercerai yang membuktikan bahawa saya masih mampu bertolak ansur walaupun perpisahan kami telah berlaku pada 11.10.2009 ialah:
  •      29.10.2009 - Raya Haji. Anak-anak saya serta menantu saya berkumpul. Namun mereka tidak mengetahui bahawa ayahnya ini sedang menghadapi saman tuntutan cerai dari ibunya. Saya juga tetap bertungkus lumus membantu menjayakan majlis perkahwinan anak saya yang akan dilangsungkan pada hari raya haji ketiga. 
  •      Saya masih manjadi Tuan Rumah pada majlis menyambut menantu dua hari kemudiannya bagi menjaga hati anak, menantu dan besan saya. Saya tetap membantu walaupun hati saya dalam keadaan terluka. Anak saya yang ini tidak pun mengetahui bahawa kami sudah berpisah.
  •      3.1.2010 - saya melapur diri di tempat kerja baru bersaorangan. Anak-anak tidak tahu bahawa antara saya dan isteri saya sudahpun tidak mempunyai apa-apa hubungan.
  •      10.1.2010 - Salah seorang anak saya melapur diri di salah sebuah IPT di Perlis, saya menghantar bersama bekas isteri saya. Pada saya perpisahan seumpama ini adalah perpisahan biasa. Dan saya berfikiran lebih jauh, sekiranya dia boleh mencapai kebahagiaan bersama suami barunya, maka itu adalah yang terlebih baik. Mungkin dia akan memperolehi seorang suami yang boleh terperap di rumah. Bolehmenjadi wanita solehah, menempah jalan ke syurga.
  •      Awal 2010 - saya mengiringi keluarga bekas tunang anak saya yang datang dari Melaka. Masa ini saya sudahpun bertugas di Chiku 5. Saya bersama dengan bakal mertua anak saya, mengiringi bakal besan saya hingga ke Rantau Panjang tanpa diketahui oleh sesiapa pun khususnya anak saya bahawa antara saya dan isteri saya sudah tidak ada apa-apa hubungan pun masa itu. Dan itulah pengorbanan saya yang tidak memerlukan balasan apa-apa dari sesiapa.
     Saya menerima hakikat bahawa jodoh kami tidak panjang, sudah tiba masanya kami berpisah apabila isteri saya menuntutnya di mahkamah. Redhalah padaNya.


  Bagaimanapun, nampaknya bekas isteri saya masih enggan berdiam diri. Pada awal Oktober 2010, bekas isteri saya datang lagi ke rumah kakak saya di Bukit Telaga, marah-marah kepada kakak saya... saya hairan kenapa masih ada manusia yang menolak takdir Tuhan.  Beberapa hari kemudiannya pula bekas isteri saya menelefon kakak saya juga dalam keadaan marah-marah. 
    Bekas isteri saya datang ke rumah kakak saya dengan modal lama.... "Saya masih ingin berkawan....."  Itulah modal yang dibawa bekas isteri saya. Tetapi, kenapa masih menyerang?? Mengapa memporak perandakan hubungan anak-anak terhadap saya sehinggakan anak-anak yang jarang balik, anak-anak yang berjauhan kerana belajar juga menghentam saya.... atas restu siapa?? 
    Ingatlah, wanita yang baik, ibu yang baik dan ramai lagi pasangan yang berpisah, tetapi ibu mereka tidak memasukkan anak-anak sebagai tentera untuk berseteru. Anak tetap anak. Jangan jadikan anak-anak sebagai benteng kelemahan diri sendiri.
     Muhasabahlah diri .. Kita yang menuntut di mahkamah. Redhalah...
    Hingga saya semakin kurang faham, apakah yang masih diperlukan lagi oleh bekas isteri saya. Saya tidak pernah pun berbuat begitu kepada keluarga bekas isteri saya.  Saya tetap menghormati keluarga bekas isteri saya. Wallahua’lam.
     SEKIAN.
 (MS 1)   (MS 2)    (MS 3)     (MS 4)   (MS 5)