....

.....

10 October 2010

TIDAK ADA MUHASABAH DIRI



MUKA SURAT 4
(MS 1)   (MS 2)    (MS 3)  (MS 5)     (MS 6)
     Telah saya saya katakan, perceraian kami sah pada 11.10.2009. Tarikh yang paling mudah untuk diingat. 11 10 09.  Saya beranggapan segala-galanya telah selesai. Bukan saya yang ingin menceraikan isteri saya. Malah saya tidak pernah berniat untuk menceraikan dia. Bayangkan pelayaran saya sudah terlalu jauh. Badai gelombang telah kami harung bersama. Kenapa saya harus memusnahkan sebuah istana yang telah teguh saya bina.
     Perceraian kami berlaku kerana isteri saya menuntutnya di mahkamah. Pada saya, mahkamah adalah jalan akhir dan pintu rundingan sudahpun habis. Lagi pun saya amat jarang mendengar seorang wanita solehah membawa suaminya di mahkamah. Saya terima seadanya ketentuan Ilahi.
     Bagaimanapun, saya hairan, mesej daripada bekas isteri saya terhadap saya hinggap di telepon saya bertalu-talu dengan gaya menghentam saya. Saya hairan, manusia apa ini. Tuntut cerai, apa yang dihajat sudahpun dapat. Namun seakan kes belum selesai. Apa lagi yang dicari oleh bekas isteri saya.  
     Apakah lagi yang beliau tidak puas hati. Saya tidak ada tempat untuk mengadu. Jauh sekali untuk saya mengadu kepada saudara mara bekas isteri saya. Egonya saya sudah layan dan laksanakan.
     Akhirnya saya hanya ada satu saudara sebagai tempat mengadu. Iaitu puan Z yang tinggal di Kubang Kerian.  Saya mengadu  kepada Puan Z. Pada saya Puan Z mampu menasihati bekas isteri saya. Saya yakin masalah boleh diselesaikan antara perempuan sesama perempuan. Puan Z pada saya seorang yang cukup dengan pengalamann kehidupan. Bukan itu sahaja Puan Z pandai bergaul, dan pada saya mampu menasihati kaum sejenisnya.
     Saya menaruh keyakinan terhadap Puan Z. Dan Puan Z mula berinteraksi dengan BEKAS ISTERI SAYA menerusi Telefon dan juga mesej. Puan Z mula menasihati bekas isteri saya, Dan seperti yang diduga. Gagal!!.

     Akhirnya saya mendapat satu kesimpulan bahawa, siapa sahaja yang menasihati bekas isteri saya bersiap sedialah untuk terputus hubungan dengannya. Masih ada orang seumpama ini yang meletakkan seluruh kemenangan berpihak kepadanya. 

      Bekas isteri saya tidak akan mendengar sebarang nasihat. Saya amat malu dengan Puan Z . Akhirnya puan Z memaklumkan kepada saya keputusan perbincangan menerusi mesej.
Lihat mesej Puan Z kepada saya:

Name: xxxxx Number: +xxxxxxxxxx: Cyah xmsj dh ko nun sbb nun suruh dia brlembut ngan cwan.dia brasa nun x sokong dia.



Name: xxxxx Number: +xxxxxxxxxx:
Ya la.dia xnk muhasbah diri.susah la sikit



Name:Puan Z Number: +xxxxxxxxxx

Dia kras xnk brtolak ansur.nun cuba bgi jln supaya dia fkir xpi nmpknya xjdi.dia xsuka la bila bg nsihat.

   Yang pasti kami dahpun bercerai pada 11.10.2009. Disebabkan kami telah bercerai, saya terpaksa tinggal bersaorangan di Kemahang, kerana bertugas di Kemahang  manakala bekas isteri saya tinggal dengan anak saya tinggal di Tanah Merah. Saya mengharapkan bekas isteri saya bahagia. 
      Maksudnya saya sudah bebas mencari pasangan baru untuk hidup saya tanpa gangguan dari sesiapa, dan saya tidak mungkin pula akan mengganggu bekas isteri saya sekiranya beliau juga sudah mempunyai calon pengganti. 
     Dan saya yakin beliau ada calon pengganti berdasarkan beberapa mesej yang hinggap ke telefon saya. Juga saya yakin bekas isteri saya mudah mendapat calon pengganti kerana beliau seorang yang lawa, manis dan bergaya mak datin (berdasarkan mesej yang beliau sendiri hantar kepada saya menyatakan beliau macam mak datin).
     Saya tidak tahu  samada beliau tersilap hantar mesej ini kepada saya atau beliau sengaja menyakitkan hati saya. Namun rupanya dia sudah ada orang lain yang selalu topup handfon dia. Dia ada kekasih, ini ialah mesej yang hinggap ke handfon saya:

MESEJ BEKAS ISTERI SAYA KEPADA KEKASIHNYA YANG HINGGAP DI TELEFON SAYA

Name: XXXXX Number: +6014806xxxx:Trima kseh la krna tpax bnyk tu..em..x nk bgi la no akaun tu nnti klu kita x jdi...cmna..abg nk brtolak ke sabah bila..mlm ni hjn lbt sgt la sunyi jga ank2 x dk dok sorg je..


Name: XXXXX Number: +6014806xxxx: Dok lyn tepon org sakni dia ni staf felda..dia nk ngorak k.yh..dia thu prgolakn umh tngga k.yh nk ambik ksemptn la..dia ajk k.yh kluar mlm2 buta ni..ajk mkn nsi lmak..gatal  oyk ke bini dia bru thu..



Number: +6014806xxxx:Esok aku g ngn abe d. Umh k.yah blmbng 11 hbln. Td ada org dtg umh aku..dia kata nk mlmr aku..gila..aku x kata apa pn. Dia bgi tmpoh smggu untk bri jwapn..orgnyo bleh than jga smrt tbuh sdp2 kulitnyo crah..pelir x thu la bsar mana kih..kih..kih..
     Hebat!!. Saya tidak kenal Abe d itu siapa. Pada siapa bekas isteri saya menghantar mesej ini juga saya tidak tahu. Biarkan. itu pilihannya. Dan siapa yang datang ke rumahnya untuk melamar dia pun bukan lagi persoalan. Saya cuma doakan bekas isteri saya bahagia, cuma cara mencarut di telefon menyebut   p...r,    rasanya agak melampau....
      Sekiranya bekas isteri saya sudah mempunyai pengganti, Alhamdulillah, semoga beliau akan dapat seseorang yang beliau hajati, harapnya beliau tidak menjadi isteri kedua kepada sesiapa. Kerana itulah pegangan hidupnya, beliau cukup benci untuk dimadukan. 
     Malah beliau sendiri pernah bercerita kepada saya pernah berjumpa dengan seseorang, pernah minum di sekitar warung Taman Barakah, dan pernah ke rumah seseorang dan telah pun berkenalan dengan kakak duda yang dimaksudkan. InsyaAllah. 
  ......BERSAMBUNG DI.............ms5
(MS 1)   (MS 2)    (MS 3)   (MS 5)     (MS 6)