....

.....

10 October 2010

2 RETAK SEMAKIN LEBAR

MUKA SURAT 2
 (MS 1)   (MS 3)     (MS 4)   (MS 5)     (MS 6)
     Jurang hubungan kami semakin lebar apabila hati saya semakin terluka dengan tindakan isteri saya sudahpun menuntut cerai di mahkamah. Sepatutnya isteri saya menghormati keputusannya yang sudah menuntut cerai di mahkamah, maknanya saya bukan lagi siapa-siapa di sisinya. Dia tidak perlu lagi memikirkan hal saya kerana apa-pun nanti saya bukan lagi suami beliau.
     Namun, manusia apa yang masih mengganggu saya. Suatu ketika saya terpaksa menghadiri satu kursus di Kerteh Terengganu. Disebabkan kursus ini memakan masa selama 3 hari dua malam, saya membuat keputusan untuk menggunakan kenderaan sendiri. Memang, bila menghadiri kursus panjang saya lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri. Lagi pun sukar bagi pemandu untuk menunggu sementara kursus berjalan.
     Masa ini hubungan rumahtangga kami tengah meruncing. Pada saya, samada untuk saya berkenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan resmi jabatan adalah bukan soal rumahtangga. Pada saya isteri tidak perlu terlalu mengambil tahu terlalu banyak urusan kerja. Banyak lagi kerja-kerja rumah yang perlu dibuat oleh isteri di rumah. Paling tidak kemaskan ruang dapur. Kemaskan bahagian dalaman peti ice. Paling tidak buang sawang yang ada di bawah sofa apabila suami ke pejabat. 
     Atau banyak perkara lain yang perlu dibuat. sekurang-kurangnya sekiranya tidak ada yang ingin dibuat, sambil merehatkan minda, apa salahnya isteri membaca buku-buku atau majalah untuk menambah pengetahuan.
     Berkursus di Kerteh kali ini saya menggunakan kenderaan sendiri juga memandangkan pusat latihan tempat saya menginap agak jauh dengan kawasan perniaga. Kenderaan amat perlu untuk mendapatkan keperluan semasa.
     Bagaimanapun isteri saya mempertikai pemergian saya dan mesej berikut hinggap ke telefon saya:

Name: Xxxxx Number: +6014xxxxxxx:Mlm g krusus org g ngn kmbara abg g ngn keto abg tdor mana..
     Hairan, dia sudah bawa saya ke mahkamah. Apa pedulinya lagi dengan urusan kerja saya. Saya tahu apa yang saya buat. Samada saya outstation dengan kenderaan sendiri atau kenderaan rasmi, itu adalah urusan saya. Masih banyak lagi kerja-kerja lain yang perlu diselesaikan olehnya di rumah. Buatlah kerja selaku pengurus rumah tangga. Buka peti ais, perhatikan samada ada kotoran atau tidak. Pinggan mangkuk dalam sinki sudahkah dibasuk bersih. Pinggan mangkuk di dapur, rapikah tersusun??
      Dia hanya mencari salah. Tidak pernah berfikir salah sendiri. Saya terbaca suatu petikan artikel yang mengatakan, suami boleh memulau tempat tidur isteri apabila sedang marah. Saya cuba lakukan kali ini. 
     Jarak antara pejabat dan kuarters saya dengan rumah saya di Tanah Merah hanya kira-kira 20 kilometer. Untuk itu saya cuba menetap di kuarters dan membiarkan isteri saya tinggal bersama anak saya di rumah. Tujuan saya ialah supaya isteri saya sedar bahawa saya sebenarnya sedang marah. 
     Bagaimanapun tindakan apa yang saya buat itu telah disalah tafsir oleh isteri saya. Memang, dalam fikiran isteri saya tidak ada perkara lain selain prejudis yang amat tinggi terhadap saya. Dia mula menuduh dan memfitnah dengan mengatakan saya mempunyai seorang isteri lain. Subhanallah!!!! saya tidak ada sesiapa pun. 
     Apa perlu bimbang sekiranya kita adalah wanita terbaik. Wanita terbaik dikejar oleh setiap lelaki, bukannya ditinggalkan lelaki. 
     Lebih malang isteri saya mula menghubungi kakak saya serta keluarga terdekat saya dengan membuat pelbagai tohmahan. Telefon dan mesej bertalu-talu kepada kakak dan keluarga terdekat saya. Bagaimanapun kakak dan keluarga terdekat saya amat arif tentang  saya. Bagaimanapun, Alhamdulillah, saya tidak pernah menghubungi keluarga isteri saya serta keluarga terdekatnya mengadu sesuatu. 
     Semua tahu, sekiranya saya tidak bertanggungjawab, anak-anak saya tidak akan berjaya. Sekiranya saya tidak bertanggungjawab, anak-anak saya tidak akan bersekolah. Sekiranya saya tidak bertanggungjawab, sudah lama saya menceraikan isteri saya. Tetapi saya masih waras, saya masih sedar. Saya masih ada maruah dan harga diri. Saya tahu apa yang saya buat.
      Sekiranya mengabaikan rumahtangga, sudah lama keluarga saya kecundang kerana sepanjang perkahwinan hanya saya seorang yang bekerja. Tetapi itulah bekas isteri saya. Tidak pernah ingin membuat muhasabah diri mengenai kekurangan yang ada padanya.
     Kakak saya serta keluarga terdekat memaklumkan kepada saya tentang tindak tanduk isteri saya yang memfitnah saya. Saya tidak tahu dimana asasnya isteri saya membuat tohmahan yang bukan-bukan terhadap saya.   Beberapa mesej yang saya sifatkan karut semakin hinggap di telefon saya. Yang pasti beliau meletakkan satu prasangka yang tinggi bahawa saya ada orang lain. 
Name: Xxxxx Number: +6014xxxxxxx: Suruh la bini muda tu bubuh wrna pin kt tgh2 tu bru sdap sket main..klu main ln tgeng sakit2 pgang la dia abg urut la dia phtu dia urut abg pula kn abg slalu legah2
      Saya tahan perasaan marah saya. Dalam keadaan marah yang semacam mana sekali pun saya tidak bertindak terburu-buru. Pada saya , sekiranya beliau seorang wanita yang baik dan bijaksana membuat muhasabah diri, pasti dia akan sedar dan kembali mencongak bahawa kami sudah mengharungi rumahtangga terlalu lama. 
     Saya sedar, saya memilih seorang gadis yang asalnya gagal dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Lantaran pemikirannya hanya ditahap itu. Pergaulannya di tahap itu. Dan itulah tindak tanduk yang menguasai dirinya.
      Selama perkahwinan juga sayalah segala-galanya. Bukan sahaja dalam soal mencari nafkah, malah dalam urusan rumahtangga yang lain juga banyak bergantung kepada saya. Isteri saya tidak pandai menunggang motosikal, apa lagi memandu kereta. Maknanya sayalah yang akan ke kedai membeli barang dapur. Sayalah yang mengambil serta menghantar anak sekolah walaupun dalam kesibukan tugas. 
     Telah saya katakan, isteri saya hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Namun apa yang saya tidak puas hati jarang saya luahkan kepadanya. Biarlah, pada saya kami tidak mungkin berpatah balik memandangkan anak-anak telah ramai. Selagi saya boleh bertahan, saya akan tetap membela keluarga saya. 
      Inilah mungkin menyebabkan isteri saya merasa terlalu selesa. Merasakan saya tidak akan membuang dia dan menganggap dialah wanita terbaik pada saya atau dialah wanita terbaik daripada wanita-wanita lain.  
     Lantaran,  secara diam-diam saya cuba membuat perbandingan antara isteri saya dengan suri rumah yang lain di keliling saya. Saya perlu adil dalam membuat perhitungan. Saya perhatikan isteri anak saudaranya Puan Z,  Puan Z giat membantu suami dalam menjayakan kedai roti serta kek. Saya perhatikan pula keluarga adik ipar, isteri adik ipar saya  giat berusaha berniaga di kantin sekolah untuk membantu pendapatan keluarga, saya perhatikan ramai lagi suri rumah yang mahir menjahit, mahir dalam pelbagai bidang di samping suami.... dan saya mula nampak... sebenarnya tidak ada apa-apa pada isteri saya. 
      Yang ada pada isteri saya cuma segumpal ego... padanya , dialah yang lawa, dialah yang cantik, dan dialah juga orang yang kurang membuat muhasabah diri. 
      Bagaimanapun kesempatan saya berdiam diri ini diguna oleh isteri saya untuk cuba menjahanamkan masa depan saya dan menggunakan orang lain. Isteri saya Sanggup melontar keluar masalah keluarga dengan menghubungi kawan sepejabat saya. Saya rasa dengan cara ini boleh menjejaskan periuk nasi saya.  Saya hairan dengan sikapnya yang seolah-olah kurang sihat dari segi pemikiran. Nampaknya dia mula mencarut terhadap saya dan semakin mencabar.
        SEMAKIN MENCABAR BILA BERDIAM 
     iNILAH mesej seterusnya. Bahasa kampungnya, dia akan kucar sampai jadi bubur. Saya lantaran membuat satu keputusan, bahawa dia sudah tidak perlu menjadi isteri saya. Ini bukan bahasa seorang wanita bijak. Ini adalah bahasa wanita yang paling kejam terhadap suami.  
Name: Xxxxx Number: +014846xxxx: Aku akn kuca biar smpai jdi bubur.. ..keto dad blun lg byr rntai seha x tbs lg pelir mu ni krs tara mana gak

Name: Xxxxx Number: +6014806xxxx: Dendam aku blum puas lg bru sorg aku crita ke org pjbt.. H latif jnji cerita besok . haqi ni dia dok dlm bas lg..

Name: Xxxxx Number: +6014806xxxx: Aku nk helo dpjb kmahang 2 nak bgtau penolong pgurus x brmoral
     Dia semakin berani membuat hukuman sendiri. Menuduh saya pelbagai macam menerusi mesej. Itulah isteri saya. Saya tidak ada tempat untuk mengadu lantaras terlalu sibuk dengan tugas. Kemudiannya dia  semakin berani menghentam saya menerusi mesej. Dia sudah menganggap saya mempunyai seorang isteri. Saya heran kenapa isteri saya boleh berfikir sampai ke situ.  Saya hairan dengan mesej yang saya terima kali ini: Benar2 hairan.
Name: Xxxxx Number: +6014806xxxx: Sepandai2 tupai melopt akhirnya org thu jga.. Tikn tu prlahan2 bg nti pth pgang budk tu kurus

      SILAP SENDIRI MARAHKAN ORANG LAIN
     Bodoh ISTERI saya semakin menyerlah. Dia yang mengheret saya ke mahkamah, namun bila masyarakat tahu yang saya terpaksa hadir ke mahkamah,  dia mula menyalahkan saya.  Sebenarnya Bandar Tanah Merah bukannya besar. Ramai kakitangan mahkamah Syari serta kakitangan Jabatan Agama Islam Tanah Merah tinggal di kawasan kampung sekitar.
     Kawan-kawan rapat serta kawan sepejabat saya tahu bahawa isteri saya menuntut cerai di mahkamah. Namun saya juga yang dipersalahkan:
Name: Xxxxx Number: +6014806xxxx: Camna org thu kita g mhkamah ek..brtubi2 msj masuk ni.. Abg ada oyak ke org ke?
     Saya cuba bertenang. Saya hanya menunggu bilakah saatnya isteri saya boleh bergelar isteri yang setia. Saya sabar semoga beliau mampu menjadi isteri yang baik dengan tindakan bersahaja saya. Isteri yang tidak mudah syak yang bukan-bukan terhadap suami. Saya mengharapkan dia berubah dengan sikap saya yang mula menunjukkan hambar dengan tindakannya. 
      BERCERAI SECARA SAH PADA 11.10.2009      
      Bila tiba waktunya 11.10.2009, tarikh perbicaraan, saya hadir ke mahkamah dengan tenang. hANYA satu, saya meminta izin sebanyak dua kali daripada Yang Arif Hakim di mahkamah Syariah Tanah Merah samada betul atau tidak isteri saya ingin berpisah denga saya. Dan saya lepaskan dia menerusi mahkamah. Lantaran pada 11.10.2009,   saya memberi apa yang dituntut  olehnya. Kami bercerai Talak Satu.
     Antara sebutan dalam keterangan cerai kami ialah:

  •      NAFKAH EDAH - TIADA
  •      NAFKAH ANAK - TIADA
  •      HARTA SEPENCARIAN - TIADA
  •      HUTANG MASKAWIN - TIADA

    Ini bermakna saya tidak perlu membayar apa-apa kepada isteri saya KERANA beliaulah yang menuntut cerai......

BERSAMBUNG ....di ms3
 (MS 1)   (MS 3)     (MS 4)   (MS 5)     (MS 6)