....

.....

10 October 2010

BERILAH KEPADA YANG MEMINTA

MUKA SURAT 1
(MS 2)    (MS 3)     (MS 4)   (MS 5)     (MS 6) 
     Perkahwinan adalah perkongsian pintar kepada pasangan normal dan akan berkekalan hingga ke hujung usia sekiranya ada keserasian, persefahaman dalam satu konsep 'win-win'. Melalui posting ini, saya ingin berkongsi pengalaman menerusi cerita yang berlaku pada saya yang sekian lama mengharungi bahtera rumahtangga.
     Saya sifatkan rumahtangga saya berjaya dari pandangan luaran kerana semua anak-anak saya berjaya dari segi pelajaran serta berjaya memasuki institusi pengajian tinggi. Saya meletakkan keutamaan di bidang pelajaran anak-anak dengan harapan anak-anak saya mampu seiring bersama orang lain dalam kehidupan dunia yang serba mencabar ini.
     Anak sulung saya graduan UPM dan menjadi guru, anak kedua Staff Nurse, anak ketiga juga lepasan UPM, anak keempat lepasan Universiti Limkokwing dan menyambung belajar di UNISEL, kelima lepas Internasional Kolej Nilai manakala anak bongsu saya masih menuntut di Politeknik bermula Januari 2010.
     Isteri saya tidak bekerja, saya mengahwininya setelah dia gagal dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (tingkatan 3), ketika saya di tahun pertama bertugas. Sebaik berkahwin, kami berangkat ke tempat kerja saya di suatu tempat yang jauh dari kampung asal. 
     Dengan gaji saya yang tidak seberapa inilah saya menyara isteri, anak pertama, kedua, ketiga.... hinggalah ke anak yang keenam. Walaupun terpaksa mengikat perut untuk menyara anak bersekolah, saya tetap tabah. Pegangan saya ialah "Anak-anak perlu berjaya dalam pendidikan." 
     Kecuali satu yang saya terlepas pandang, tidak ada seorang pun anak-anak saya yang saya hantar belajar ke sekolah agama. 
     Soal rumahtangga memang soal dalaman, unik dan penuh kerahsiaan. Dalam tempoh perkahwinan ini pasti ada ruang yang mana suami tidak berpuas hati terhadap isteri serta sebaliknya isteri tidak berpuas hati terhadap . Bagaimanapun, dalam keadaan apa jua, saya selaku suami tetap bersabar, pada saya 'kejayaan anak-anak perlu diutamanakn.' 
     Dengan kata lain saya tetap pertahankan rumahtangga kami. 
     Namun sehingga akhirnya saya mula merasa tercabar dengan sikap isteri yang membuatkan saya gelisah, kurang selesa serta semakin mengongkong. Saya tidak perlu menceritakan apa yang saya kurang puas hati terhadap isteri. Kata pepatah, mana laut tidak bergelora, alangkan lidah lagikan tergigit... dan pelbagai bidalan, kiasan serta perumpamaan berkaitan.
     RETAK BERMULA     
     sUATU malam saya keluar ke warung bertemu dengan kawan-kawan meneguk nescafe. Biasanya begitu sambil menghilangkan rasa boring setelah seharian penat bekerja. Rupanya isteri saya kurang selesa.
     Semasa bertugas di Kemahang, biasanya saya keluar minum di kedai Omar sambil bertemu kawan-kawan peneroka dan berbual terutama topik politik. Majoriti peneroka di Kemahang 1 adalah penyokong PAS manakala majoriti peneroka di Kemahang 2 pula adalah penyokong Barisan Nasional. Saya suka mengikuti perkembangan ini.
     Lagipun tidak ada apa kegiatan malam selain daripada duduk-duduk di rumah. Kadang kala pula saya terpaksa keluar malam kerana bertugas dengan Skim Ronda Sukarela (SRS) Rukun Tetangga mengikut jadual yang ditetapkan.
     Pada saya, keluar minum malam dan berjumpa kawan-kawan tidak menjadi masalah memandangkan rata-rata kaum lelaki ramai kawan. Yang pasti, kita pulang sebelum jam 11 malam. Apa yang saya lihat di depan mata saya ialah adik ipar saya sendiri yang bergiat dalam parti politik,  selalu keluar dan meninggalkan isteri di rumah. Adik saya sendiri juga yang bergiat dalam parti politik dan biasanya juga meninggalkan rumah berhari-hari apabila ada kepentingan politik. 
     Dan ramai lagi kaum kerabat saya yang membuat kegiatan kemasyarakatan yang meninggalkan rumah di luar waktu kerja rasmi. Saya tidak tahu kenapa isteri saya jadi begini.  
      MENYERANG MELALUI MESEJ     
      Suatu malam semasa saya sedang minum di kedai Omar Kemahang, saya AMAT terkejut apabila  menerima mesej ini. Julai 2009. INILAH MESEJ yang dihantar oleh bekas isteri saya kepada saya semasa kami masih lagi sebagai suami isteri:
Name: xxxxx Number: +xxxxxxxxxx
24 jm minum kdai istri x layan ke?.
     Dan.... mesej yang sama masuk ke telefon saya malam-malam berikutnya sebaik saya keluar minum. Ini menyebabkan hati saya bukan sahaja terluka tetapi merasa anih terhadap isteri saya. Masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan menggantikan kekosongan fikiran memikirkan kenapa suami keluar minum dengan kawan-kawan.
Mesej lagi:
Name: xxxxx Number: +6014806xxxx
Ye ke..dsini mlm tdi hujan lbt..tpi x dk hlngan minum teh dkedai tu.. 

Name: xxxxx Number: +6014806xxxx
Istri x pndai layan ke?

Name: xxxxx Number: +6014806xxxx
Slam c.wan..ad org ckp istri c.wn mcm mok dtin baik rmah.tpi..nape c.wn  msih cri hk luar lg yg x thu kltinyo...
     Pelik!! isteri saya pandai mengangkat diri sendiri. Menyebut dirinya seperti Mak Datin. Menganggap pula saya ada orang lain yang tidak ada kualiti. Saya hairan, sebenarnya ramai lagi masyarakat di luar sana yang berkualiti. Berkualiti dari segi agama, dari segi rupa paras, kemanusiaan, pendidikan, inovasi dan bermacam-macam. Saya simpan kemas mesej ini.
     Saya sebenarnya tidak suka dengan pergaduhan. Banyak lagi kerja lain yang saya perlu lakukan. Telah saya katakan bahawa, bagi menanggung keluarga, hanya saya yang bekerja. Saya perlu merancang perbelanjaan. Saya perlu kreatif dalam mengendalikan rumah tangga.       
        Lagipun pada saya, apalah sangat salahnya dengan keluar minum malam dan bertemu kawan-kawan. Namun, apabila saya berdiam diri dan tidak menunjukkan apa-apa respon terhadap mesej seperti ini, tindakan mencabar menerusi mesej semakin menjadi-jadi, sehingga dia telah meletakkan satu anggapan bahawa saya mempunyai orang lain (perempuan) di luar rumah - Antaranya: 
Name: xxxxx Number: +6014806xxxx Askum. Hai c.wan ada bini kt rumh comel lotn pn msih nk psg hk luar lg ke? He..he
     Tohmahan busukk!! Saya mengabaikan mesej dari siteri saya yang sentiasa hinggap di telefon saya. Bila saya pulang ke rumah, saya tetap menganggapkan tidak ada apa yang berlaku pada telefon saya. Begitu juga dengan isteri saya. Pada wajahnya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Tetapi marah di hati saya hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.
     Kemudiannya, bagi menakutkan saya, dia mula menggunakan medium anak-anak yang kononnya akan ketawakan saya kalau saya memilih orang lain selain dia. Jelas, isteri saya sudah terlelau ke depan dalam melayan emosi sendiri:
Number: +6014806xxxx Name: xxxxx 
Klu x leh stra aku wt suka ke anak je
     Saya semakin tertekan dengan sikap isteri saya sebegini. Dia sudah mula menyebut anak. Maknanya apa jua selepas ini, dia akan mempergunakan anak untuk menyisih saya. Namun saya tidak suka untuk melayan kerenah remeh temeh seumpama ini. 
     HANDFON NOKIA N73 HILANG DI RUMAH SENDIRI     
     KEMUNCAK kepada tindakan EMOSI isteri saya, apabila  satu handfone saya jenis Nokia N73 hilang ketika saya tinggal dalam kereta semasa saya menghadiri mesyuarat menggunakan kenderaan resmi. 
     Tidak ada orang lain yang mengambil Handfon saya. Saya tahu, isteri saya bukan perlukan telefon berkenaan kerana saya sudah belikan satu handfon untuknya. Apa yang beliau perlukan ialah maklumat dalam telefon berkenaan. 
     Saya sahkan telefon berkenaan berada di tangannya kerana seorang kawan saya bernama Awang Sulong di Pahang menghantar mesej kepada saya memberitahu dihubungi oleh isteri saya. Itulah, sebenarnya nombor telefon Awang Sulong tidak ada tersimpan di mana-mana di rumah saya selain dari dalam telefon saya yang lesap itu.
     Dan ada lagi dua nama lain yang dihubungi oleh isteri saya menerusi nombor yang tersimpan dari dalam telefon itu termasuklah rakan sepejabat, Haji Latif.
     HATI SAYA SEMAKIN JAUH
     Disebabkan hati saya terlalu terluka, saya banyak menghabiskan masa di kuartes bersaorangan dan bermalam dikuarters walaupun sebelum ini saya beulang-alik dari rumah ke tempat kerja. 
     Ego isteri saya JUGA semakin menjadi-jadi dan rupanya dalam diam-diam beliau pergi ke mahkamah dan mencabar dengan memohon menuntut cerai dari saya. Hairan, setahu saya, saya tidak pernah mengabaikan rumah tangga, samada menyara anak-anak saya hingga semuanya berjaya. 
     Saya kecewa. Bayangkan, semenjak berkahwin dengannya, beliau tidak pernah pun bekerja untuk membantu menyara keluarga. Segala-galanya adalah saya. Dan saya semakin tercabar dengan mesej yang saya terima kali ini:
Name: xxxxx Number: +6014806xxxx
Kita jmpa dmahkamah pd 24 hb ni
     TUDUHAN MELULU     
     Ketika saya masih lagi bertugas sebagai salah seorang DJ di konti radio Kelantan FM. Saya terpaksa berulang alik dengan seorang anak buah saya seorang DJ baru. Dj baru, kerja baru, gaji baru, suasana baru... dan saya terpaksa banyak mengajar serta membimbing. Malah DJ baru ini tidak ada kenderaan pun untuk berulang alik. Bila singgah minum, kamis akan minum bersama. 
     Maksudnya, tidak mungkin untuk saya membiarkan saya minum bersendirian dan meninggalkan anak buah saya berada di kereta. Kami selalu minum sama-sama samada sewaktu ke konti Kelantan FM atau singgah dalam perjalanan pulang. 
     Akhirnya mesej ini pula yang saya terima daripada isteri saya. Saya hairan manusia mana yang terpandang ketika saya sedang minum bersama anak buah saya dan memberitahu isteri saya tanpa mengetahui siapa yang minum bersama saya. Tanpa soal selidik isteri saya terus menghantar mesej kepada saya. Saya doakan, mereka yang menghasut isteri saya ini berbahagia sekarang ini dan bantulah isteri saya sekiranya beliau bertemu dengan kesulitan-kesulitan:
Name: xxxxx Number: +6014806xxxx
2..3 bln lps ada bwa  tino muda pgi    minum dpn kdai w.ali tapi kdai bwah ada org nampak..rhsia dmi rhsia sdah trbokr. 
     Ego isteri saya makin terserlah berdasarkan mesej berikutnya hinggap ke telefon saya:
Name: xxxxx Number: +6014806xxxx
Mu ni napi sja nk cri  susah je..kijo konti ari tu bwa tino g pntai jmpa ngn brahim jarah
     Saya juga doakan supaya Brahim Jarah yang dimaksudkan dapat menjadi payung serta tulang belakang kepada bekas isteri saya selepas ini. Terima kasih kepada Brahim Jarah. Dan banyak lagi mesej-mesej lain yang saya tidak sanggup saya sendiri membacanya sehingga saya padamkan daripada telefon saya. .
BERSAMBUNG  di sini ....ms2
(MS 2)    (MS 3)     (MS 4)   (MS 5)     (MS 6)